Struktur tulang rawan sendi dan kepentingannya
Tulang rawan terdiri daripada 2% sel “chondrocytes”, 98% pula adalah bahan matrik. Matrik terdapat di luar sel dan berbentuk gel.
Is terdiri daripada kolegen, proteoglikan dan air. Proteoglikan yang terdapat di matrik ini terdiri khasnya daripada bahan bernama chondroitin sulphate dan hyaluronic aside. Proteoglikan dalam matrik berbentuk spring ini disebabkan chondroitin sulphate mempunyai caj negatif, bertindak menolak antara satu sama lain. Sel chondrocytes pula bertanggungjawab menghasilkan koligen dan proteoglikan bagi menjaga keseluruhan kesihatan serta pejanaan semula tisu rawan.
Tulang rawan dan penyakit osteoarthritis (oa)
Penjagaan tisu tulang rawan amat penting untuk pergerakan sendi yang bebas tanpa sebarang kesakitan. Tulang rawan merupakan tisu perlindungan bagi dua hujung tulang yang bernama sendi. Ia bertindak sebagai penyerap hentak untuk sendi samada ketika berlari atau turun anak tangga.
Malangnya, apabila seseorang itu semakin berumur atau mengalami kecederaan (trauma) sendi, sehingga menyebabkan kerusakan pada tulang rawan. Akhirnya, berlakulah penyakit bernama osteoarthritis.
Gejala-gejala penyakit OA termasuk sendi yang terlibat akan berasa sakit, bengkak, kejang dan kehilangan fungsi seperti lutut tidak dapat mencangkung. Keadaan ini timbul akibat kehilangan bahan matrik tisu tulang rawan berterusan dan ketidakseimbangan antara pembaiki dan kerosakan tisu tulang rawan.
Sendi-sendi yang menampung berat badan seperti sendi lutut dan paha merupakan sendi yang sering dipengaruhi oleh penyakit OA.
Terdapat banyak faktor menimbulkan penyakit sendi dan memburukkan sendi seperti umur, keturunan, berat badan (obesiti), trauma/kecederaan dan metabolik abnormaliti.
Advertisement
NB: Terima kasih atas kunjungannya. Berikan saran dan kritik untuk membangun blog ini.